Tuesday, December 15, 2009

O&G | hope | soal hati

hmm..lamanya x update blog..sangat lama..last time masa posting surgery..skrg da posting o&g da.. [countdown to final xm -- 90 days] tinggal posting family med ngn emegency dept je..pastu 'minggu apungan a.k.a stdy month' pun bermula..rupe2nye da nak abes blaja da..thats a good thing for me to take..at least at this point i can call back my hard time before, where there were a lot of joy, pain, tears, and moments that ive been through..

sekarang tgh posting o&g..kpada yg xtau ape tu o&g, senang cerita posting aku ni pasal org beranak dan sakit puan..so, patient aku sumenye pompuan, maknyah dan lelaki tarak..hahahaha..ni da masuk minggu ke 6 da..nak abes da..lega pun ade..sbb posting ni bagi aku adrenalin kuat sket..sbb die banyak praktikal..teori pun kene master jugak..so, banyak kene baca..tak cukup tido dibuatnya..tp aku kene kuat semangat.. prof har aritu ade cakap " wafy, i really want to see u pass with flying color"..very motivating words by prof harlina..i take that as a challenge and ur pray will come true prof..insyaAllah

hmm..skrg ni banyak isu2 dan permasalahan yg sedang melanda diri..terutamanya soal hati..camne nak merawat hati ni..kadang2 hati ni asekla berbisik2..bisik hasad dengkila, bisik syak wasangka la, sedih dgn permasalahan yg melanda diri pun hati bleh berbisik..adoih, nak solat pun tak tenang kalau hati berbisik..

Dr A'idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya'qub dan Dr Muhammad A.R.Al-Uraifi dalam bukunya yg bertajuk MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR ada menyebut bahawa ulama mengatakan bahawa hati yang keras dapat dirawat dengan:

1) Membaca Al-Qur'an dan zikrullah
Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca Al-quran. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur'an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.

2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah
Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat Al-quran yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu dengan seperti seorang yang sangat memerlukan diriNya

3) Menghadiri majlis ilmu
Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.

4) Mengingati mati
Para ulama berkata, "Zikrulmaut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya." Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.

5) Menyaksikan sakaratul maut
Para ulama juga berkata, "Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah. Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.

6) Menziarahi kubur
Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata. Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.

Teliti dan perhatikanlah. Yakinlah bahawa apa yang telah dia alami akan engkau alami. Setelah itu, singkirkan tipu daya dunia dari dirimu dan rajinlah beramal untuk akhiratmu.

Jadi, aku mengambil pendekatan ni tuk muhasabah diri..kerana kita semua ni xsempurna..