Tuesday, December 15, 2009

O&G | hope | soal hati

hmm..lamanya x update blog..sangat lama..last time masa posting surgery..skrg da posting o&g da.. [countdown to final xm -- 90 days] tinggal posting family med ngn emegency dept je..pastu 'minggu apungan a.k.a stdy month' pun bermula..rupe2nye da nak abes blaja da..thats a good thing for me to take..at least at this point i can call back my hard time before, where there were a lot of joy, pain, tears, and moments that ive been through..

sekarang tgh posting o&g..kpada yg xtau ape tu o&g, senang cerita posting aku ni pasal org beranak dan sakit puan..so, patient aku sumenye pompuan, maknyah dan lelaki tarak..hahahaha..ni da masuk minggu ke 6 da..nak abes da..lega pun ade..sbb posting ni bagi aku adrenalin kuat sket..sbb die banyak praktikal..teori pun kene master jugak..so, banyak kene baca..tak cukup tido dibuatnya..tp aku kene kuat semangat.. prof har aritu ade cakap " wafy, i really want to see u pass with flying color"..very motivating words by prof harlina..i take that as a challenge and ur pray will come true prof..insyaAllah

hmm..skrg ni banyak isu2 dan permasalahan yg sedang melanda diri..terutamanya soal hati..camne nak merawat hati ni..kadang2 hati ni asekla berbisik2..bisik hasad dengkila, bisik syak wasangka la, sedih dgn permasalahan yg melanda diri pun hati bleh berbisik..adoih, nak solat pun tak tenang kalau hati berbisik..

Dr A'idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya'qub dan Dr Muhammad A.R.Al-Uraifi dalam bukunya yg bertajuk MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR ada menyebut bahawa ulama mengatakan bahawa hati yang keras dapat dirawat dengan:

1) Membaca Al-Qur'an dan zikrullah
Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca Al-quran. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur'an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.

2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah
Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat Al-quran yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu dengan seperti seorang yang sangat memerlukan diriNya

3) Menghadiri majlis ilmu
Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.

4) Mengingati mati
Para ulama berkata, "Zikrulmaut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya." Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.

5) Menyaksikan sakaratul maut
Para ulama juga berkata, "Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah. Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.

6) Menziarahi kubur
Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata. Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.

Teliti dan perhatikanlah. Yakinlah bahawa apa yang telah dia alami akan engkau alami. Setelah itu, singkirkan tipu daya dunia dari dirimu dan rajinlah beramal untuk akhiratmu.

Jadi, aku mengambil pendekatan ni tuk muhasabah diri..kerana kita semua ni xsempurna..

Monday, June 29, 2009

thinking

assalamualaikum dan salam sejahtera. semoga semuanya sihat di dalam perlindungan Allah SWT.

kita selalu berfikir, hari2 pun kita berfikir, bermacam2 kita fikir, fikir tu, fikir ni. xpernah dalam hidup ni kita tak berfikir. kalau dalam tidur pun, kadang2 kita terbawak2 dgn masalah kita sampai termimpi2. kan?

memang kita sebagai manusia tak pernah lari dari sebarang masalah. tapi, apa yang penting adalah macamana kita pandang satu2 masalah tu. sesetengah orang kata, kita perlu melihat masalah tu sebagai peluang. peluang yang macamana?

pada pendapat aku, kita hendaklah berusaha melihat sesuatu masalah tu sebagai proses. proses yang mana akan dapat mematangkan pemikiran kita. kerana otak kita adalah satu organ yang mana apebila kita semakin tua, semakin bagus ia berfungsi. tu kata prof harlina kepada aku.

jadi, apabila kita diselubungi masalah, kita kenalah kreatif dan berfikir dgn kritis. hehe..macam zaman skolah2 pulak..namun, tak perlulah fikir terlalu banyak. fikir yang penting sahaja, dan apa yang kita fikir tu boleh menggerakkan kita, agar sesuatu permasalahan dapat diselesaikan. kerana, dengan befikir saja tak boleh settlekan problem tu pun. frankly speaking..main chess pun kita berfikir 10 steps ahead, by chance. pick the best.

sambung esok..nak study..hehe

Sunday, June 28, 2009

sweet saturday & sunday :)

salam sejahtera, semoga semuanya berada dalam perlindungan Allah SWT

1234 am

baru lepas balik mcd..asalnye nak g otown td nak sahur..tp macam mahal pulak kalau makan mcd je..hehe..padahal ade la jimat beberapa sen je..malam ni sume org yg aku ajak bz..selamatla ade wani yang baru lepas siap case beliau..


hmm..weekend ni adelah weekend yg best after such a bad week i had..terima kasih tuk semuanya lia :) sy xakan lupe semua memori itu syg..weee..sronotnye nek cruise..weee




td tgk muvie transformers, best la jugak..tembak2, gado2, megan fox seksi..hahaha..tp ape pun filem ni paling best la tahun ni slepas terminator salvation (yeah john connor!)


ni nak tdo..esok kene bangun awal, new week, pain free :)

Thursday, June 25, 2009

a new dawn for me

salam sejahtera, semoga semua di dalam lingkungan perlindungan Allah SWT

lama betul x update blog ni. terkejut, penat, perit, serik, bahagia, semua ade..besyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya benda yg almost impossible dalam hidup ni jadi jugak dalam hidup ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah bagi lulus naik tahun 5. mmg macam impossible sgt, tapi semua ni adalah dari berkat doa semua orang, mak, ayah, ummi, ayah (heheh), lia, kak ayu, kak sue, aisyah, dik dah, rumateku cino & kay, zairi, study group 4th yearku rafi, lin, mambeh, pija, dez, dan semua yg rapat dan mendoakan aku. arigato!

hmm, sekarang ni tgh posting medicine. penatnye Ya Allah, mmg pancit. sampai berat turun 10 kg..weee...

hmm. mandi skejap..later continue :P

Wednesday, April 15, 2009

alhamdulillah..

assalamualaikum dan salam sejahtera

1. sabtu aritu pegi pc fair ngn lia, manusia mmgla ramai sgt2..adoi, letih nak bejalan..tp sbb minat mmg patut pegi..pc fair kali ni ade la sket perubahan..da xde da sound hall..dan laluan die bebelit dan semua kene lalu..yg paling xpuas ati bl nak kluar tu kene lalu p1wimax vs. celcom broadband..dah la org ramai, panas, nak kluar, die plak mmekak dan menyempit kat situ..haih..

2. tp alhamdulillah..dapat jugak kami (sy, lia, kak ayu, dan abang nizam) pegi ke situ dan balik dgn jayanya..dan mencapai objektif iaitu membeli laptop lia..walaupun kene ketuk kepala lah, sempit lah, tp semua tu berjaya di harungi dgn sabar..weee...alhamdulillah syukur..

3. syukur jugak, sbb lia dtg dan bg jumpe dgn die..selepas aku balik jumaat dgn kelam kelibutnye lah..mmg miserable la muka aritu..tgk skali pandang mmg toya tahap cipanzi..mmg bleh masuk zoo dah..ehehehehe..tp bl tgk lia, sy rasa lega..alhamdulillah

4. syukur skali lg..sbb slepas bberapa hari berita malang menghantui diriku ini..aku berjaya menyampaikan berita perit tu kat mak..mmg sedih, tp ape2 pun mak ayah perlu tahu sbb merekalah keluarga..dgn sedih dan perit terpaksa aku sampaikan berita buruk tu..sedih sgt bl tgk air mata mak menitik..tp mak still cool dan supportive..beri kata2 smgt..alhamdulillah, mmg lega sket bl mendgr amanat mak slepas tu..syukur

5. mmg betul bila kt sedih, kata2 dan pelukan ibu tu penting.. dalam suratkhabar berita harian pd 26.4.2008 ( http://archives.emedia.com.my/bin/main.exe?f=archtoc&state=ku5j8.2.101) ade tulis satu kajian dari univ mcgill di kanada menunjukkan pelukan ibu merupakan penawar paling mujarab..jadi mmg xsalah kalau kt peluk ibu kt, tgk lama2..dapat pahala kan?

6. isnin lepas aku berjumpe dgn dr aku, dr othmaliza sbg mentor aku..setelah berbincang dgn beliau..die menasihati aku agar jauhkan diri dari stressor..then insyaAllah aku akan ok dgn pantas..atas nasihat itu, aku skrg berada jauuuuuh dari hospital dan stressor..yeayy

7. hope lepas ni adelah sinar harapan dan segala kesulitan dan permasalahan dpt diselesaikan dgn jayanye..aminnn

~p/s: arsenal vs villareal, 245 pg..go gunners !

Saturday, April 11, 2009

agony of failure

salam..kali ni aku menulis dlm hati yg penuh perit, sedih, sampai tahu nak cakap camane aku sedih..Allah sahaja yg tahu hati aku skrg..bila keputusan peperiksaan kluar smlam..aku kene repeat another year..masyaAllah, ape nak jadi ni..aku akan harungi semula tahun 4, paeds, ortho, ent, opthal, anaes, psy..sumenye skali lagi..dgn rakan2 seperjuangan yg baru..

ape yg aku cube lakukan smlm, aku jumpe TDA, pastu buat rayuan semakan..skrg aku hanya mampu berdoa, agar rayuan aku tu ade kemajuan dan lulus..aku sgt sedih, pedih, sakit dada, sume ada..aku faham, kehidupan mesti diteruskan..this is not the end of the day, not the end of my life..i should stand back and keep running to my pace after a fall..aku tahu tu..skrg aku tgh mencari kkuatan, dan aku berazam tuk menjadi cemerlang..aim for glory..sbb da blaja banyak sgt da..usaha gigih da..pastu kene ulang skali lagi je..takkan bodoh sgt aku ni..

"boleh jd kamu m'benci sesuatu pdahalia amat baik bgmu & bolah jd pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bgmu, Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak"
aku redha dgn ape yg berlaku..dr othmaliza (mentor aku yg sgt baik) pun ckp ni ujian Allah nak bg kt lebih maju, lia pun ckp ni adelah ujian Allah,belum ckup beriman kt kalau x diuji Allah..kepada cino, aku sgt2 terhutang budi..btul2 kau la kawan sejati aku..tolong macam2 dah aku ni..time kasih sgt2..kay, rafi, dilla, annisa, dez, pija, hanani, alia, zatil, wani, ramai lagila kawan2 aku..time kasih sgt2 sbb support and concern pasal aku..aku xlupe tu sume..slamat menghadapi tahun 5 dgn jayanya..keep up a good work !

Saturday, April 4, 2009

satu permulaan..lagi?

assalamualaikum dan salam sejahtera

1. suda lama aku tidak menulis berbagai2 tentang kehidupan aku. barangkali kerja yg didepan mata dan sibuk dengan pelbagai benda lain menyebabkan aku xupload. yela, dulu2 xde internet, ade pelbagai bende jadi..so bila da resolve semua benda cam skrg ni [ life da stable, emotional and mentally..alhamdulillah, terima kasih Allah :) ] maka dengan izin Allah, maka ade kelapangan menulis blog.

2. dulu2, time skolah lagi, form2 sampai form 5 aku mmg rajin blog..ade lg blog2 aku tuh..kalau baca rasa cam lawak pun ade, tp banyak memori boleh di ingati di situ..macamana aku berfikir dahulu dgn skrg ade banyak beza..maturity process occur there..mane2 yg aku skrg xde pun ade gak..bl baca membuatkan kt berfikir, btul ke ni aku dulu..knape aku skrg da berubah? itula persoalan nye skrg nih..

3. utk pemberitahuan ni adelah blog rasmi abdulwafy, mane2 yg nak komen @ beri pendapat..sangat2lah dialu2kan..komen membina tu perlu, tp kalau komen menghentam, membabi buta, xde bukti tu xpayahla nak tulis..sbb itu xbawak kite kearah yg lebih baik..lebih baik kt berpesan2 kepada kebaikkan..kan? lagi satu, ni blog bukan sbb 'budaya bloggers' yang melanda mereka2 (rakan2 seperjuangan aku kat cni)..aku mmg da lame da buat mende ni, cume skrg dipermudahkan oleh Allah tuk aku menulis sket kat blog ni..okies?

4. blog aku adelah blog aku..so, aku akan tulis ape2 yg berkaitan dengan hidup aku, ape yg aku pikirkan, pengalaman aku..so kalau mane2 xsuke tu boleh ckp, atau pun xyah la tgk entry yg korg xsuke..btul x?tp komen2 politik xleh la nak tulis kat cni..tuk kebaikkan aku sebagai mahasiswa. tu lebih baik kt bincang kat kedai kopi suda..lagi best, makan roti canai+teh tarik, pastu baca la paper ape pun..borak2..menguatkan ukhwah silaturrahim disamping bertukar pandangan anda..wee :P

5. btw, ni adelah satu permulaan semula bagi hidup aku tuk menulis2 kat blog ni..sejak aku xtulis kat blog, aku men tulis kat diari je..tp skrg diari da mahal..lagi best pasang streamyx,pastu duk dendiam online+blog kat sni kan? heee..pastu plak, bila pindah bilik sane sni, aku da lupe mane aku taruk diari tu..malu plak kalau ade sape2 jumpe nnt..terdedah rahsie kang..huhuu..

6. btw, alhamdulillah, syukur setinggi2 kehadrat Allah kerana aku baru je habis exam reseat paediatrik, tinggal satu paper je lagi..insyaAllah, isnin ni paper orthopedik [ ni ape ko buat online blog ni, xreti2 blaja ke wafy?hehehe...] smoga kecemerlangan menjadi tradisi buat diriku dan berkekalan sampai bila2..

~failure is part of learning process - mr halim